Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Ahmadi Asnawi memutuskan demikian selepas mengetepikan hukuman penjara 18 bulan yang dijatuhkan terhadapnya kerana memiliki dan mendedahkan satu halaman Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) pada Mac 2016.

Beliau yang bersidang bersama Datuk Kamardin Hashim dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil sebulat suara memerintahkan bekas Ahli Parlimen Pandan itu dikenakan bon jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Kuorum berkelakuan mencapai keputusan itu selepas pihak pendakwaan tidak membantah rayuannya agar beliau tidak dipenjarakan dan sebaliknya dibebaskan dengan bon berkelakuan baik.

Mengikut pertuduhan, Rafizi disabitkan memiliki tanpa kebenaran yang sah halaman 98 Laporan Pengauditan 1MDB yang bersalahan dengan Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 sedangkan dia tidak berhak menyimpan dokumen tersebut dan mendedahkan kandungan rahsia di halaman tersebut dalam satu sidang akhbar.

Kedua-dua perbuatan itu  dilakukan di lobi Bangunan Parlimen, Jalan Parlimen di ibu negara pada pukul 3 petang, 24 Mac dan 28 Mac 2016. – UTUSAN ONLINE