Trump buat hal lagi

WASHINGTON/PARIS: Kanada dan Mexico bertindak balas ke atas keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan tarif ke atas import keluli dan aluminium.

Sementara itu, Kesatuan Eropah (EU) sedang bersiap sedia untuk bertindak balas, dan ini menyebabkan pelabur bimbang perang perdagangan global akan tercetus.

Tarif itu, yang diumumkan Setiausaha Perdagangan Wilbur Ross dalam taklimat telefon, menamatkan ketidaktentuan yang berbulan-bulan lamanya berhubung potensi pengecualian dan mencadangkan pendekatan keras pentadbiran Donald Trump terhadap rundingan perdagangan.

Tarif 25 peratus ke atas import keluli dan 10 peratus tarif import aluminium akan dikenakan ke atas EU, Kanada dan Mexico mulai tengah malam (0400 GMT Jumaat), kata Ross.

Kanada dan Mexico, yang sedang dalam rundingan dengan AS untuk memodenkan Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA), memberi maklum balas semerta.

Kanada, pembekal keluli terbesar ke AS, akan mengenakan tarif merangkumi C$16.6 bilion (AS$12.8 bilion) ke atas import AS, antaranya wiski, jus oren, keluli, aluminium dan produk lain, kata Menteri Luar Kanada Chrystia Freeland.

Mexico pula mengumumkan ia akan mengambil langkah bersesuaian ke atas produk perladangan dan perindustrian AS.

Dow Jones Industrial Average turun satu peratus dan S&P 500 susut 0.66 peratus. Saham perindustrian berat Boeing jatuh 1.7 peratus dan Caterpillar 2.2 peratus. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.