6 suspek Ditahan Bantu Kes Bunuh Bill Kayong

>> SUSPEK kes tembak Bill Kayong ditahan polis untuk siasatan lanjut, pagi tadi.

MIRI: Lima lelaki dan seorang wanita ditahan, malam tadi dan pagi ini, selepas dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan Setiausaha Parti Keadilan Rakyat, Bill Kayong, pada 21 Jun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisionar Dev Kumar, berkata enam suspek berkenaan berusia antara 22 tahun dan 41 tahun.

“Mereka kini ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan polis.

“Kita tidak boleh mendedahkan maklumat lanjut ketika ini bagi mengelak daripada menjejaskan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, sebenar tadi.

Bill, 43, seorang aktivis sosial, ditembak mati di sebuah persimpangan lampu isyarat di Jalan Miri-Kuala Baram, berhampiran sebuah pasar raya, 21 Jun lalu.-BH.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.