Anggota Polis Patah Kaki Dirempuh Mat Rempit

ALOR SETAR: Seorang anggota polis patah kaki kiri dan cedera pada muka akibat dirempuh seorang mat rempit di Kepala Batas dekat sini awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 3.10 pagi bila Konstabel Muhammad Annas Ikmal Mior Arif Ariffin, 21, dirempuh dalam cubaan mat rempit tersebut melarikan diri daripada ditahan.

“Anggota tersebut kini stabil dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata ekoran kejadian itu, seorang remaja berusia 17 tahun dari Felda Bukit Tangga, Changlun telah ditahan.-MS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.