Laman portal “Kebebasan Bersuara” diwujudkan

KUALA LUMPUR 30 Sept. – Satu laman portal akan diwujudkan bagi membolehkan orang ramai menyuarakan pendapat, cadangan dan kritikan membina kepada kerajaan tanpa perlu bimbang dikenakan tindakan undang-undang.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D’Cruz berkata, laman portal yang disasarkan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa itu, adalah satu inisiatif untuk menyediakan saluran khusus bagi kebebasan bersuara.

“Saluran ini berbeza dari laman web sedia ada di mana kami (kerajaan) akan berusaha memberi jawapan kepada persoalan yang ditujukan kepada pihak yang sepatutnya.

“Kesemua cadangan dan kritikan akan diambil kira, malah setiap aduan yang dikemukakan akan cuba kami selesaikan dalam tempoh seminggu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.