Man. City gantung Tevez

MANCHESTER – Manchester City menggantung Carlos Tevez semalam sementara siasatan ke atas pemain itu berhubung keengganannya beraksi setelah dia diletakkan sebagai pemain gantian pada perlawanan Liga Juara-Juara di Bayern Munich seperti mana yang didakwa oleh pengurus, Roberto Mancini.

Mancini memberitahu pemberita, pemain Argentina itu tidak mengendahkan arahannya supaya memanaskan badan pada awal permainan babak kedua, kelmarin ketika tumpas 0-2.

Tevez tidak lagi berpeluang untuk beraksi selagi Mancini bergelar pengurus kelab.

Pemain Argentina itu yang sering diselubungi kontroversi, bagaimanapun menafikan dia enggan beraksi dan kelab Liga Perdana itu sedang menjalankan siasatan bagi mencari punca sebenar kemelut itu berlaku.

“Buat masa ini Tevez digantung sehingga diberitahu kelak dan jangka masa maksimum hukuman adalah selama dua minggu.

“Penggantungan pemain tersebut bertujuan membolehkan siasatan secara menyeluruh dilaksanakan berhubung salah lakunya ketika tewas 0-2 kepada Bayern Munich.

“Pemain itu juga tidak akan beraksi atau pun menyertai sebarang sesi latihan sementara siasatan dilaksanakan,” kata kelab itu dalam kenyataannya menerusi laman web, mcfc.co. uk. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.