Hina Institusi Diraja: ‘Siasat Kadir Jasin’ – Ahli Parlimen PKR

KUALA LUMPUR: Pihak polis diminta menyiasat tokoh wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin, berhubung artikelnya yang didakwa menghina dan memburukkan institusi diraja terutama Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, berkata tulisan Kadir boleh mencetuskan prasangka seolah-olah baginda mengambil kesempatan dan menyalah guna kedudukan sebagai Sultan.

“Ini bukan kali pertama beliau mengeluarkan artikel begini dan pastinya ramai akan baca sebab dia ada ramai pengikut.

“Sebagai wartawan, memang ada kebebasan media dan tulislah apa saja, tetapi kenalah ada etika.

“Kalau beliau ada masalah dengan Sultan, buat aduan rasmi dan bukannya menyindir menerusi penulisan yang boleh mencemari institusi diraja,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.

Johari berkata, laporan polis akan dibuat dalam masa terdekat bagi membolehkan siasatan dibuat.-BH.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.