Menteri tolak cadangan siaran langsung perbicaraan Najib

Stesen televisyen kerajaan tidak akan membuat siaran langsung perbicaraan pertuduhan jenayah yang dikenakan ke atas bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Menurut beliau, RTM dan begitu juga dengan Bernama mempunyai siaran yang terhad.

“Ini adalah kali kedua soalan sebegini diajukan kepada saya, saya sudah katakan sebelum ini bahawa tidak ada siaran langsung berkaitan pertuduhan Najib. RTM mempunyai siaran yang terhad begitu juga Bernama.

“Banyak lagi perkara lain yang boleh dibuat liputan di dalam negara, seperti yang saya khaskan, laporan berita mengenai perbicaraannya selalu diadakan,” katanya dalam sidang media di lobi parlimen, hari ini.

Muhammad Shafee yang mewakili Najib berkata beliau tidak mempunyai sebarang isu sekiranya perbicaraan itu disiarkan secara langsung kerana ini akan memastikan prosiding dijalankan dengan telus.

Najib berdepan 38 pertuduhan jenayah termasuk pecah amanah dan pengubahan wang haram berkaitan 1MDB dan anak syarikatnya SRC International Sdn Bhd.

Ini termasuk penyelesaian 1MDB dengan syarikat Abu Dhabi International Petroleum Investment Corporation (IPIC).-Mkini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.