Produser Raja Azmi Berhijrah, Kini Berhijab!

KUALA LUMPUR Sempena dengan kedatangan lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi, produser filem, Raja Azmi Raja Sulaiman telah mengambil keputusan untuk berhijrah, sekaligus berhijab seperti mana yang dituntut di dalam agama Islam. 

Keputusan yang dibuat oleh produser filem …Dalam Botol ini ternyata memgejutkan banyak pihak kerana sebelum ini, beliau dengan lantangnya pernah menyuarakan pendapat mengenai isu serta hukum wanita berhijab dari aspek pandangan peribadinya  sehingga ia mencetuskan kontroversi di kalangan masyarakat Islam di negara ini.

Ironinya selepas menerima pelbagai kritikan demi kritikan termasuklah kes memuatnaik surah Al-Quran demi mempertahankan pendapat serta pandangan peribadinya di laman sosial Instagram, Raja Azmi kini tiba-tiba saja bertudung.

Apakah sebenarnya yang mendorong Raja Azmi untuk berhijrah serta berhijab. Jangan lupa tonton hlive! Special bersama Datuk Aznil Nawawi di Astro Ria, jam 8.30 malam ini.

-Murai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.