Anwar Bakal Bertanding Selepas Aidilfitri Kata Sumber PKR

KUALA LUMPUR – Satu pilihanraya kecil (PRK) bakal diadakan selepas Aidilfitri bagi membolehkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding sebagai ahli parlimen.

Sumber dalaman PKR yang dihubungi SuaraTV lewat malam tadi berkata, Nurul Izzah Anwar dikatakan akan meletakkan jawatannya sebagai ahli parlimen Permatang Pauh bagi membolehkan satu pilihanraya kecil diadakan.

“Insyallah dalam masa terdekat… mungkin di Permatang Pauh.. paling cepat mungkin selepas sambutan Aidilfitri,” kata sumber itu ringkas yang enggan mendedahkan identitinya.

Sementara itu penulis politik, Mohd. Sayuti Omar sebelum ini turut meramalkan perkara yang sama sambil mendakwa Anwar bakal dilantik sebagai Perdana Menteri bagi mengantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Sehabis Anwar menghadap dan berjumpa Sultan dan Raja hendaknya selepas ini dia akan turun gelanggang untuk berjumpa rakyat pula.

“Selepas selesai mudah-mudahan beliau pun akan menjadi PM (kerana sakit) bahu dan belikatnya sudah hilang.

“Saya meramalkan selepas Aidifitri akan ada mana-mana kerusi parlimen dikosong untuk ditandingi oleh Anwar (dan) semua persiapan sedang diatur,” katanya melalui satu status yang dimuatkan dilaman Facebook.

Anwar semalam menghadap Sultan Selangor,
Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan sebagai kunjungan hormat selepas beliau dibebaskan pada 16 Mei lalu.

Selasa lalu, beliau menghadap Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Minggu lalu pula, Anwar dan isteri, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghadap Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra.

Beliau turut menghadap bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Sebelum ini, Anwar menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, sebaik dibebaskan. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.