Thailand nak hantar durian ke orbit

THAILAND merancang untuk menghantar durian ke orbit dalam cubaan menguji ketahanannya, lapor laman berita Channel NewsAsia (CNA) dan projek itu bakal menyaksikan ‘Raja Buah’ dinikmati dalam keadaan tanpa tarikan graviti.

“Kami mahu angkasawan boleh menikmati makanan Thailand, pada masa depan. Kami mahu melihat perubahan fizikal terhadap buah ini apabila ia kembali ke Bumi.

“Mungkin ia akan berubah menjadi lebih kecil atau merekah,” kata jurucakap Agensi Pembangunan Teknologi Angkasa dan Geo-Informatik (GISTDA) Thailand.

Buah itu digemari di seluruh rantau Asia serta terkenal dengan popularitinya dan ada juga yang tidak menyukai baunya sehingga durian diharamkan dalam bilik hotel, lif dan kabin kapal terbang.

Reputasi bau buah itu menimbulkan persoalan sama ada ia akan diterima dalam ruang terhadap kapal angkasa.

Ujian itu dijalankan dengan pertubuhan yang tidak dinamakan. Buah itu akan dikeringkan dan ditutup dengan vakum yang mengurangkan pengeluaran bau.

Pelancaran ujian itu ke angkasa dijadualkan pada Julai depan. Beberapa bungkusan durian akan ditutup, diletakkan dalam kotak dan dihantar ke angkasa selama lima minit. Beberapa jenis beras Thailand turut dihantar untuk tujuan sama. – Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.