Trump sah jumpa Jong Un

PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump mengesahkan hari ini bahawa sidang kemuncaknya dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un akan diteruskan seperti yang dirancang pada 12 Jun di Singapura.

Ia disahkan selepas perbincangan terdahulu di Pejabat Oval dengan utusan tertinggi dari Pyongyang.

Mengakui berurusan dengan Korea Utara ‘akan menjadi satu proses,’ Trump berkata, beliau percaya proses itu akan berjaya akhirnya.

Trump berkata surat dari Jong Un, yang disampaikan sendiri oleh Kim Yong Chol, adalah ‘sangat baik’ dan ‘sangat menarik,’ tanpa mendedahkan kandungannya. – Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.