Ahmad Jais sudah sedar dan boleh bercakap

SHAH ALAM 1 Okt. — Penyanyi veteran, Datuk Mohd. Jais Ahmad atau dikenali sebagai Ahmad Jais, 75, yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) di sini minggu lepas akibat sukar bernafas, kini sudah sedar dan boleh bercakap walaupun agak terhad.

Anak keempatnya, Maimun, 31, berkata, tiub bantuan pernafasan juga sudah dibuka dan digantikan dengan topeng bantuan pernafasan sejak bapanya mula sedar dan membuka mata tengah hari semalam.

“Ayah juga sudah boleh bercakap tetapi bilangan perkataannya sangat terhad disebabkan keadaannya yang masih nampak penat. Atas nasihat doktor ayah masih ditempatkan di ICU bagi tujuan pemantauan lebih rapi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. — Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.