TPM mahu lihat lebih ramai usahawan tani moden

MUAR 1 Okt. — Golongan petani dan pengeluar makanan di negara ini digalakkan menceburi keseluruhan rantaian bekalan makanan bagi merealisasikan hasrat negara untuk menghasilkan lebih ramai usahawan tani moden tercapai, kata Timbalan Perdana, Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, untuk menjadi usahawan tani moden golongan petani dan pengeluar makanan perlu terlibat sama di dalam memproses hasil tani mereka, penjenamaan dan seterusnya pemasaran produk.

“Mereka mesti digalak menceburi pertanian secara moden dengan menceburi keseluruhan rantaian bekalan seperti di dalam pemprosesan, penjenamaan dan pemasaran,” katanya hari ini.

Beliau berkata, demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Kompleks Bimbingan Usahawan Tani Pagoh dan Hari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan Rakyat di Pagoh di sini. — Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.