Affandi serah tugas PAT kepada Zulkifli

KUALA LUMPUR 2 Jun – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor hari ini mengesahkan akan melepaskan jawatan yang disandangnya pada 20 Jun ini.

Raja Mohamed Affandi berkata, ja­watan itu akan di­ambil alih oleh bekas Panglima Tentera Darat, Je­neral Tan Sri Zulkifli Zai­nal Abidin yang juga bekas Naib Canselor Universiti Pertaha­nan Nasi­onal Malaysia (UPNM).

Menurutnya, keputusan tersebut telah dibuat oleh Majlis Angkatan Ten­­tera (MAT) yang sebulat suara memi­lih Zulkifli untuk menggantikan beliau sebelum mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

“Saya menerima keputusan yang dibuat dengan hati terbuka dan berbesar hati untuk menyerahkan jawatan ini kepada beliau.

“Malah beliau juga antara calon sesuai dengan pengalaman dalam Angkatan Tentera Ma­laysia (ATM) dan Tentera Darat khas­nya untuk membawa per­khidmatan ini be­rada pada satu tahap yang lebih baik,” katanya ketika dihubungi Ming­guan Malaysia di sini hari ini.

Raja Mohamed Af­­fandi berkata, be­­liau akan me­nyerahkan jawatan di­sandangnya kepada Zulkifli di Kementerian Pertahanan pada tarikh lahirnya, 20 Jun ini.

Beliau yang dila­hirkan di Besut, Te­rengganu memulakan per­khid­matan sebagai Leftenan Muda dalam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) sebelum menggantikan Jene­ral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin sebagai Panglima Angkatan Tentera pada 19 Di­sember 2016.

UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.