Amerika Syarikat semakin miskin di bawah Trump

GENEVA 3 Jun – Masalah kadar kemiskinan di Amerika Syarikat (AS) semakin meluas dan meruncing di bawah pemerintahan Trump, di mana dasarnya kelihatan bertujuan untuk menghapuskan jaringan keselamatan daripada jutaan individu miskin, sementara terus memberi penghargaan kepada individu kaya, lapor seorang penyiasat hak asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pelapor khas PBB mengenai kemiskinan tegar, Philip Alston, menggesa pihak berkuasa AS untuk menyediakan perlindungan sosial stabil selain menangani masalah asas, berbanding ‘menghukum dan memenjarakan individu miskin’.

Walaupun faedah kebajikan dan akses insurans kesihatan dikurangkan, pembaharuan cukai Presiden Donald Trump telah menganugerahkan ‘pengukuhan kewangan’ kepada syarikat kaya serta syarikat gergasi, sekali gus terus meningkatkan lagi ketidaksamaan, kata beliau menerusi sebuah laporan.

“Tetapi dasar yang diterapkan sejak tahun lalu seolah-olah sengaja direka untuk menghapuskan perlindungan asas daripada golongan termiskin selain menghukum mereka yang tidak bekerja dan bahkan membuat penjagaan kesihatan asas menjadi hak istimewa untuk diperoleh berbanding hak kewarganegaraan,” kata Alston.

ChannelNewsAsia melaporkan, menurut beliau, hampir 41 juta orang atau 12.7 peratus hidup dalam kemiskinan, 18.5 juta dalam kemiskinan tegar selain kanak-kanak menyumbang kepada satu daripada tiga orang miskin.

AS mempunyai kadar kemiskinan belia tertinggi dalam kalangan negara-negara perindustrian lain, tambahnya lagi.

Utusan Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.