Bongkar: Foto Kediaman Rahsia Jong-un

PYONGYANG: Kunjungan Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov ke Pyongyang baru-baru ini membuka peluang unik buat seorang wartawan Rusia apabila dia diberikan akses istimewa untuk menjengah kediaman pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Valery Sharifulin, berkesempatan mengambil gambar kediaman moden Jong-un, dilengkapi sebuah taman dengan reka bentuk minimalis.

Turut kelihatan sebuah kereta Mercedes berwarna hitam diletak di laluan masuk ke rumah.

Kediaman dua tingkat itu turut dilengkapi tingkap kaca di bahagian hadapan.

Ia dikatakan terletak di sebuah lokasi rahsia berhampiran Pyongyang.

Walaupun Jong-un mempunyai beberapa kediaman mewah lain, adalah amat sukar untuk memperolehi foto kediaman berkenaan berikutan kawalan keselamatan yang ketat.

Menurut seorang bekas pengawal, Lee Young-kuk, pemimpin Korea Utara itu mempunyai sekurang-kurangnya lapan istana di sekitar ibu negara itu.-MS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.