Bukan Melayu Sokong Tommy Thomas Sebagai AG

KUALA LUMPUR – Masyarakat bukan Melayu dilihat melahirkan sokongan terhadap cadangan Tun Mahathir Mohamad terhadap pencalonan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.

Tinjauan SuaraTV di laman Twitter sebentar tadi mendapati isu berhubung pencalonan peguam kanan itu menjadi trending dan topik perbualan yang hangat diperkatakan.

“(Saya) sokong Tommy Thomas dulantik sebagai Peguam Negara. Kerajaan yang dipilih (rakyat) yang sepatutnya menentukan siapa yang sepatutnya dilantik sebagai Peguam Negara,” ujar imfsea_aruna.

“Sekiranya (pencalonan) Tommy Thomas ditolak sebagai Peguam Negara atas dasar, dia bukan Melayu dan Muslim (maka) saya merasa sangat marah dan kecewa. Ia mungkin merupakan perkara yang paling bodoh,” tegas @louisliaw yang juga merupakan pengamal undang-undang.

“Tun (Mahathir) telah mencadangkan agar Tommy Thomas dilantik sebagai Peguam Negara namun ia telah ditolak. Jadi sekarang terserah kepada rakyat untuk mendapatkan sejuta tanda tangan bagi menyokong permohonan Tun. Ia boleh dilakukan, ayuh tunjukkan kuasa rakyat,” tulis @mkrishnan39 pula.

“Mengenai isu perlantikan AG, saya sangat berharap Tommy Thomas dipilih sebagai Peguam Negara. Adalah merupakan satu kerugian untuk menolak (mereka) yang terbaik hanya kerana isu warna kulit atau agamanya,” tulis @peterkhoon.

Yang di- Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dan Raja-Raja Melayu sebelum ini dilaporkan menolak cadangan nama yang diberikan oleh Perdana Menteri untuk mengantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Ekoran penolakan tersebut, penulis politik Syed Akhbar Ali yang juga merupakan penyokong Tun Mahathir turut membidas mengenai isu tersebut.

“Tiada apa-apa dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan bukan Melayu dan bukan Muslim tidak boleh dilantik sebagai peguam negara,” tulisnya.

Menurutnya pelantikan kabinet dan pegawai kanan kerajaan adalah hak mutlak Perdana Menteri.

Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Negara, Datuk A. Kadir Jasin turut menyentuh isu di blognya menyatakan Perlembagaan Persekutuan jelas menggariskan batas kuasa raja berperlembagaan.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini mengarahkan agar Mohamed Apandi bercuti berkuatkuasa serta merta dan mengarahkan Peguam Cara Negara untuk mengambil alih tugas beliau.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebelum ini mendesak agar Mohamed Pandi meletakkan jawatan sekiranya tidak mahu dipecat.

Gesaan yang sama turut di buat oleh Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh dan Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.