Mengulangi sejarah dua diva

Tiada apa yang dapat Cik Pang katakan selain memanjatkan syukur apabila dua pelakon terkenal Fasha Sandha dan Nora Danish mengambil keputusan untuk berbaik-baik.

Kedua-dua artis ini memberitahu mereka mahu mencapai kata sepakat dan tidak lagi bertelagah memandangkan hidup mereka dikelilingi orang sama terutama anak-anak.

Berterusan bermusuh akan menimbulkan situasi yang tidak sihat. Cik Pang setuju.

Begitupun, kesungguhan dan kerendahan hati ditunjukkan kedua-dua pelakon popular untuk menamatkan sengketa mereka sekian lama menyentuh hati Cik Pang. Ia seharusnya menjadi contoh.

Lebih-lebih lagi kata sepakat diambil dua pelakon ini menerusi peguam masing-masing berlaku pada bulan Ramadan yang mulia.

Keputusan untuk berdamai Fasha dan Nora ini mengingatkan Cik Pang kepada perkara baik yang berlaku di antara Datuk Siti Nurhaliza dan Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini.

Selepas bersengketa dalam tempoh yang agak lama, kedua-dua diva itu berbaik-baik dan bermaaf-maafan pada bulan Ramadan.

Cik Pang sangat gembira melihat banyak perkara baik berlaku dalam bulan baik ini, termasuklah apabila rakan artis mengambil keputusan untuk melupakan segala permusuhan yang berlaku.

Diharapkan apa yang dilakukan oleh Fasha dan Nora menjadi contoh kepada peminat dan orang awam. Kalau ada perselisihan dan persengketaan manfaatkan Ramadan ini untuk kebaikan dan mengeratkan kembali ukhuwah sesama kita. – Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.