Mereka Yang Punyai Tunggakan Cukai Kini Bebas, LHDN Batal Sekatan Perjalanan

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan menarik balik atau membatalkan keseluruhan sekatan perjalanan yang masih berkuat kuasa.

Arahan itu tertera dalam satu surat berkenaan penarikan sepenuhnya sekatan perjalanan oleh LHDN, yang ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Sabin Samitah.

Surat bertarikh 1 Jun 2018 itu ditujukan kepada Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali.

Dalam surat itu, Sabin memohon kerjasama daripada Jabatan Imigresen diperlukan untuk membatalkan semua kes membabitkan LHDN secara automatik mulai 1 Jun 2018 sehingga dimaklumkan kemudian.

“Pembatalan adalah termasuk kepada senarai yang masih berkuat kuasa di Imigresen Sabah dan Sarawak,” katanya dalam surat itu.

Sumber Jabatan Imigresen turut mengesahkan ada menerima surat itu.

Menurut sumber jabatan itu, LHDN akan menarik balik semua yang disenarai hitam oleh agensi percukaian itu dan Jabatan Imigresen akan membatalkan keseluruhan sekatan perjalanan.-BH.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.