Tommy Thomas Ditolak Kerana Sokong Negara Sekular Kata PAS

KUALA LUMPUR – Pas mendakwa pencalonan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara di tolak kerana peguam kanan itu merupakan penyokong tegar kerajaan sekular.

Ketua Penerangan parti itu, Nasrudin Hassan melalui laman Facebooknya sebentar tadi berkata Tommy sebelum ini sering menulis buku berkaitan kerajaan sekular dan ia mungkin antara sebab cadangan tersebut di tolak.

“Pagi ini terganggu sedikit dengan berita cadangan perlantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.

“Apa yang saya tahu beliau banyak menulis mengenai Malaysia adalah Negara Sekular (menggambarkan beliau adalah tegar sekular) dan cadangan perlantikan beliau ditolak oleh Yang Di Pertuan Agong,” katanya.

Nasrudin turut mempertikai cadangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung perkara itu.

“Apakah tiada tokoh peguam lain yang lebih berkaliber malah mampu menasihati pemerintah dalam perkara yang memberi kebaikan pada kedudukan agama dalam negara ini khasnya berkait hubungan agama dengan undang-undang negara,” soalnya lagi.

Isu berkaitan Tommy menjadi hangat diperkatakan apabila Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu dilaporkan menolak cadangan untuk melantik bukan Islam dan Melayu Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Ekoran penolakan tersebut, penulis politik Syed Akhbar Ali yang juga merupakan penyokong Tun Mahathir turut membidas mengenai isu tersebut.

“Tiada apa-apa dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan bukan Melayu dan bukan Muslim tidak boleh dilantik sebagai peguam negara,” tulisnya.

Menurutnya pelantikan kabinet dan pegawai kanan kerajaan adalah hak mutlak Perdana Menteri.

Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Negara, Datuk A. Kadir Jasin turut menyentuh isu di blognya menyatakan Perlembagaan Persekutuan jelas menggariskan batas kuasa raja berperlembagaan.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini mengarahkan agar Mohamed Apandi bercuti berkuatkuasa serta merta dan mengarahkan Peguam Cara Negara untuk mengambil alih tugas beliau.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebelum ini mendesak agar Mohamed Pandi meletakkan jawatan sekiranya tidak mahu dipecat.

Gesaan yang sama turut di buat oleh Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh dan Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo.

Menurut rekod Tommy sebelum ini pernah mempertikaikan kuasa Sultan Selangor berhubung perlantikan Menteri Besar Selangor ketika isu ‘Langkah Kajang’.

Menurutnya tidak mempunyai hak untuk mencampuri urusan perlantikan Menteri Besar seperti yang termaktub dalam Artikel 51 dan 53 perlembagaan negeri. – SuaraTV

One thought on “Tommy Thomas Ditolak Kerana Sokong Negara Sekular Kata PAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.