United Sedia Bida Bale RM467 Juta

MANCHESTER United sedia mengemukakan bidaan sebanyak 88 juta pound sterling (RM467 juta) terhadap Gareth Bale selepas Real Madrid dan pemain itu sendiri menunjukkan perpindahan itu tidak mustahil untuk direalisasikan.

Bale mendedahkan dia bakal meninggalkan Santiago Bernabeu selepas tamat aksi final Liga Juara-Juara di mana Real menang 3-1 ke atas Liverpool.

The Daily Record mendakwa United cuba mendapatkan khidmat Bale pada musim panas lalu dan Jose Mourinho berharap pemain itu sendiri akan membantu agar perpindahan itu dapat dimuktamadkan.

Namun Bale memutuskan untuk kekal di Madrid dengan menyaksikan dirinya kurang diturunkan semasa dibawa kendalian Zinedine Zidane.

Selepas tidak tersenarai dalam skuad utama pada aksi final, Bale diturunkan dari bangku simpanan dan menjaringkan dua gol sekali gus membantu Real menjulang trofi ketiga mereka pada kejohanan tersebut.

United mahu membawa semula Bale ke pentas Liga Perdana Inggeris dan ia turut disokong pemain Wales itu sendiri.

Wakil Bale sedang berusaha untuk mencari jalan keluar buat pemain itu.

Malah Real bagaikan akur terpaksa menjual bintang Wales tersebut sekiranya tawaran lumayan kunjung tiba.

United akan mengemukakan bidaan tertinggi dan bersedia memenuhi gaji semasa Bale di Bernabeu.

Gaji Bale yang mahal menjadi punca beberapa kelab elit tidak mampu untuk membayar gaji yang dikehendaki pemain berusia 28 tahun itu.

Namun United sanggup memberikan apa yang dimahukan Bale selain tawaran kontrak lima tahun kepadanya.

Dengan hak pemilikan imej, bonus dan gaji jika digabungkan, Bale memperoleh sekitar 500,000 pound sterling (RM2.7 juta) seminggu di Real Madrid.-MS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.