35,000 sertai demonstrasi bantah dasar kerajaan Britain

MANCHESTER 3 Okt. – Kira-kira 35,000 orang berhimpun di Manchester untuk mengadakan demonstrasi pada mesyuarat tahunan parti pemerintah, Parti Konservatif yang mula bersidang, semalam.

Tunjuk perasaan itu dianjurkan oleh Kongres Kesatuan Perdagangan (TUC) yang menyifatkan perarakan tersebut sebagai ‘alternatif untuk pekerjaan, pertumbuhan (ekonomi) dan keadilan.’

“TUC menganjurkan demonstrasi untuk menunjukkan perarakan dan perhimpunan untuk menunjukkan bantahan terhadap dasar-dasar teruk kerajaan terhadap pembekuan bajet, penjimatan dan perubahan ke atas perkhidmatan awam.

“Dasar-dasar itu menyebabkan peningkatan kadar pengangguran, taraf hidup menurun dan kelembapan ekonomi,” katanya. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.