Felda Janji Imbuhan Jika Rangkul Piala FA

Mohd Isa beramah mesra dengan para peserta Penjelajah Ekspedisi KE7B Felda Greenland 2014.

PUTRAJAYA: Imbuhan menanti pasukan Felda United FC jika memenangi perlawanan akhir Piala FA menentang Pahang di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata bentuk imbuhan masih belum diputuskan.

“Seperti kebiasaan kalau berjaya tentu ada imbuhan, amalan biasa untuk semua pasukan kalau berjaya akan menerima sumbangan,” katanya dalam sidang media selepas jamuan malam meraikan kejayaan wira-wira Kelab Ekspedisi 7 Benua (KE7B) Felda Greenland 2014 di sini Selasa.

Beliau juga mengharapkan kemenangan dan yakin pasukan mempunyai semangat yang tinggi memandangkan ini kali pertama pasukan tersebut mara ke final.

mStar

One thought on “Felda Janji Imbuhan Jika Rangkul Piala FA

  • 04/06/2014 at 10:57 am
    Permalink

    Salam. Tahniah buat pemain2 Felda United kerana berjaya melangkah kaki ke final Piala FA. IBM setuju dgn kata Pengerusi Feld tu. Tentang ganjaran nanti dulu. Sumbangan tu memang patut diberi. Yang penting skrg, main dgn penuh semangat berpasukan. menang dan julang nama FELDA. Selamat maju jaya semua.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.