Filipina mahu seragam sekolah Islam, elak ideologi radikal

SINGAPURA: Setiausaha Pertahanan Filipina Delfin Lorenzana berkata semalam, pihak berkuasa negaranya akan menyeragamkan pengajaran di kedua-dua sekolah awam dan persendirian Islam susulan rampasan militan tahun lalu yang meningkatkan kebimbangan radikalisasi lebih besar.

Lorenzana menerusi laporan laman berita Arab News berkata, Filipina akan melaksanakan satu ‘sistem madrasah berinstitusi’ dengan kurikulum seragam dan pengawasan lebih besar daripada Jabatan Pendidikan negara itu.

Beliau berkata, sesetengah sekolah sedemikian didapati dikendalikan individu dengan pandangan pelampau, menyebabkan mereka menyalurkan pembiayaan rahsia aktiviti radikal.

Lorenzana berkata demikian dalam persidangan keselamatan di republik ini, Shangri-la Dialogue dihadiri Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Jim Mattis, pegawai pertahanan serta ahli akademik dari 43 negara.

Beliau menambah, hasil rondaan menyasar militan Islam di Laut Sulu agak menggalakkan.

Sejak Jun lalu, Filipina, Malaysia dan Indonesia melakukan rondaan kawasan di sekitar Sabah dan selatan Filipina di mana militan berhasrat mewujudkan khalifah.

Kepungan lima bulan di bandar Marawi di pulau selatan Mindanao tahun lalu menyebabkan lebih 1,100 maut dan 200,000 penduduk hilang tempat tinggal. -Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.