PM terima kunjungan Hadi Awang, Ahmad Samsuri

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kunjungan daripada Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Yayasan Kepimpinan Perdana.
Lawatan tersebut turut disertai pemimpin veteran Pas Datuk Mustafa Ali.

Ini merupakan kali pertama Abdul Hadi bertemu Tun Mahathir sejak beliau dilantik menjadi Perdana Menteri.

Tun Mahathir berkongsi gambar mengenai pertemuan mereka di laman media sosial beliau tengah hari tadi.

Tiada butiran perbincangan mereka buat masa ini.

Astro AWANI akan memberi perkembangan terkini berhubung perjumpaan ini setiap masa. – Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.