Tolak Peguam Negara- Raja Raja Melayu bincang Selasa Ini

KUALA LUMPUR 3 Jun – Raja-Raja Melayu akan mengadakan perbincangan khas berhubung isu Peguam Negara di Istana Negara pada Selasa ini.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata, warkah persilaan telah dikeluarkan pada Jumaat lalu kepada Raja-Raja Melayu untuk mengadakan perbincangan khas itu.

“Ketika ini, Putrajaya dan Istana Negara belum ada persetujuan mengenai pemberhentian perkhidmatan Peguam Negara yang ada sekarang dan calon penggantinya.

“Raja-Raja Melayu mengikuti perkembangan isu tersebut dan merasakan ada tanggungjawab untuk membantu menyelesaikan kekusutan ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.