Amalkan Pemakanan Sihat Semasa Aidilfitri

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya mengamalkan pengambilan makanan secara sihat semasa musim perayaan Aidilfitri.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dalam perutusan sempena sambutan Aidilfitri meminta orang ramai agar tidak mengambil makanan yang tinggi kandungan gula dan kalori.

“Pesanan saya kepada semua rakyat Malaysia agar makan secara sihat kerana ‘Makan Secara Sihat, Kunci Kesihatan’.

“Amalkan pemakanan yang sihat dan seterusnya rayakan Aidilfitri dengan penuh kegembiraan bersama keluarga tercinta,” katanya dalam kenyataan.-MS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.