Direka khas dengan rekaan seramik yang menarik serta prestasi unggul pastinya memberi kepuasan kepada mereka yang sedang mencari telefon pintar lengkap dengan pelbagai kelebihan, namun pada harga berpatutan.

Pernah memenangi Anugerah Emas Idea pada Ogos tahun lalu iaitu satu pertandingan reka bentuk antarabangsa, pastinya jenama telefon pintar tersebut semakin teguh dan mendapat permintaan dari pelbagai negara.

Kini, dengan skrin penuh 5.99 inci, pasti memberi pengalaman menonton yang baik.

Malah telefon pintar itu juga dilengkapi dua kamera di belakang dengan teknologi yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI) serta pemprosesan terbaharu, Qualcomm Snapdragon 845.

Mi Mix 2S menawarkan stor simpanan 64 GB dengan 6GB RAM. Di samping itu, terdapat pilihan 128 GB dengan jumlah RAM yang sama, serta model 256 GB dipasangkan dengan 8 GB RAM yang dilengkapi pengecas tanpa wayar.

SPESIFIKASI

Saiz: 150.9 x 74.9 x 8.1 mm
Berat: 191 g
Paparan: 1080 x 2160 piksel
Sistem Operasi: Android 8.0 (Oreo)
Prosessor: Qualcomm SDM845 Snapdragon 845
Kamera: 12 MP + 12 MP
Bateri: 
3,400 mAh
Warna: 
Hitam, putih

– Utusan Online