Belanjawan pembangkang ibarat poket kosong – Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR 4 Okt. – “Senang bila mahu belanja duit yang kita tidak ada.” Itu merupakan jawapan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas pembentangan Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat.

Dilaporkan Pakatan Rakyat akan membentangkan belanjawan tahunannya hari ini, tiga hari lebih awal sebelum kerajaan Pusat mengumumkan Belanjawan 2012.

Ia dikatakan sebagai belanjawan alternatif pakatan tersebut sebelum Belanjawan 2012 dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan pada Jumaat ini di Dewan Rakyat.

“(Duit) yang kita tak kawal (memang) senang mahu belanja,” kata Dr. Mahathir kepada wartawan selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur Kelapan 2011 di sini hari ini. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.