CUEPACS harap tuntutan diluluskan dalam Belanjawan 2012

KUALA LUMPUR 4 Okt. – Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berharap beberapa tuntutan yang dikemukakan kepada kerajaan akan diluluskan dalam pembentangan Belanjawan 2012 pada Jumaat ini.

“Berita gembira kepada kakitangan kerajaan ini tidak mustahil dan kita telah menanti sekian lama. Kita faham kalau dahulu tidak dapat laksanakan (tuntutan) kerana faktor ekonomi semasa.

“Tapi kini tiada apa yang menghalang tuntutan itu diluluskan memandangkan ekonomi bertambah baik dan tuntutan ini pun untuk menaikkan taraf perkhidmatan penjawat awam untuk keluar daripada beban kewangan selain meningkatkan mutu perkhidmatan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.