KBS harap peruntukan sukan dimanfaat dengan lebih baik

KUALA LUMPUR 4 Okt. – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap peruntukan Belanjawan 2012 dapat dimanfaatkan sebaik mungkin agar usaha mempromosi ”sukan untuk semua” dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim berkata, sudah tiba masa untuk pihak kementerian mengubah cara peruntukan tersebut dibelanjakan tahun depan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Kita sangat berharap peruntukan yang disediakan dapat terus merangsang usaha mempromosi ”sukan untuk semua”,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmiaan “International Conference of Sports Science and Recreation 2011” anjuran Universiti Teknologi Mara (UITM) dengan kerjasama KBS di sini hari ini. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.