Lebih 2,000 usahawan wanita dilahirkan sejak Januari 2010

KUALA LUMPUR 4 Okt. – Seramai 2,680 orang usahawan wanita berjaya dilahirkan bagi tempoh Januari 2010 sehingga 31 Ogos 2011, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Senator Heng Seai Kie.

Beliau berkata, jumlah itu adalah hasil daripada program bidang keberhasilan utama negara (NKRA) bagi kementerian untuk meningkatkan taraf hidup golongan berpendapatan rendah, yang turut memberi fokus kepada pengupayaan ekonomi wanita.

NKRA kementerian ini, katanya mensasarkan untuk melahirkan 4,000 usahawan wanita pada akhir tahun 2012.

“NKRA itu menggunakan pendekatan kebajikan produktif, di mana golongan miskin yang produktif dibantu untuk menjana pendapatan sendiri melalui Program 1Azam,” katanya ketika menjawab soalan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.