Ayat Najib Gadai Tanah Pada China Sudah Lenyap

SEBELUM PRU14 yang lepas, bukan rahsia Datuk Seri Najib Tun Razak acap kali dituduh orang-orang Pakatan sebagai menggadaikan negara ini kepada China. Banyak projek bernilai tinggi hasil kerjasama dengan negara tersebut, disifatkan pembangkang pada ketika itu sebagai “menggadaikan negara”.
Gambar di atas adalah diantara buktinya. Puak ini tak boleh nak beza antara pelaburan dan penggadaian.

Begitu kuat propagandanya itu sehinggakan kemenangan tipis mereka dalam PRU14, dianggap sesetengah pihak sebagai satu kemenangan menyelamatkan negara ini dari kembali dijajah!! Itu yang dua tiga hari selepas PRU14, asyik dengan lagu-lagu patriotik saja di corong radio yang biasa menyiarkan lagu rock lama-lama.

Tapi setelah mereka berkuasa, tidak ada apa mengenai kerjasama dengan China – yang dulu dikatakan sebagai menggadaikan negara ini, yang berubah. Betullah orang tua ada cakap sana sini projek (dengan China) akan dibatal tapi turut disebutkan, ia bergantung kepada rundingan dengan kerajaan China – taklah batal terus.

Hari ini kita diberitahu oleh wakil Majlis Orang-Orang Tua pulak – yang tidak berperlembagaan, bahawa hubungan dengan China ini penting dan perlu dikendali dengan berhati-hati. Eh, ke situ pulak? Gadai ke tak gadai ni ceritanya?

Kalau isunya “menggadaikan negara” seperti yang hebat dicanang sebelum PRU14 yang dulu, apa nak bincang-bincang, kasi batal sajalah kan? Atau maksudnya takdelah Najib nak gadai apa pun dulu tu ye tak? Itu yang boleh bincang-bincang lagi. Ini faham mudah sajalah.

Yang hari tu penyokong-penyokong kata cubaan nak gadai negara tu apa cerita? Mana orang-orang tua ni semua untuk membetulkan salah tanggapan tersebut, ke sengaja dibiarkan untuk menjatuhkan kerajaan pada waktu itu? Jadi betullah apa Najib cakap, BN kalah sebab fitnah dan penyelewengan fakta – kerjasama dengan China dalam beberapa projek bernilai tinggi ini yang kononnya mengadaikan negara ini – adalah diantaranya?

Setelah 10 janji dicapati, dalam hal konon negara digadai kepada China, nampak macam rakyat ditipu lagi.

MyKmu.Net

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.