Behrami sedia lakar rekod Switzerland

ZURICH: Pemain tengah Valon Behrami bersedia muncul sebagai pemain pertama mewakili Switzerland dalam empat Piala Dunia selepas disenaraikan dalam skuad muktamad 23 pemain semalam bagi kejohanan di Russia.

Pemain berusia 33 tahun itu, yang mencatat rekod tidak diingini ketika menentang Chile pada 2010 apabila dia menjadi pemain pertama Switzerland dibuang padang pada Piala Dunia, bermain dalam tiga kejohanan terakhir selain dua Kejohanan Eropah.

Dia bagaimanapun masih perlu bersaing dengan pemain muda Denis Zakaria untuk merebut tempat dalam pasukan itu selepas semusim dibelenggu kecederaan di kelabnya Udinese.

Tujuh belas daripada 23 pemain skuad itu beraksi pada Euro 2016 ketika jurulatih Vladimir Petkovic memilih untuk meneruskan kesinambungan.

Skuad itu termasuk 10 pemain yang berpangkalan di Bundesliga Jerman dan lima dalam Serie A Itali.

Pemain tengah Silvan Widmer dan Edmilson Fernandes serta penjaga gol Gregor Kobel digugurkan.

“Ia satu keputusan sukar,” kata jurulatih Petkovic. “Namun saya yakin saya sudah melakukan pilihan tepat. Mungkin mereka bukannya 23 pemain terbaik secara individu tapi inilah skuad yang paling lengkap.”

Switzerland berdepan Brazil, Costa Rica dan Serbia dalam Kumpulan E.

Skuad Piala Dunia Switzerland

Penjaga gol: Yann Sommer (Borussia Moenchengladbach/GER), Roman Buerki (Borussia Dortmund/GER), Yvon Mvogo (RB Leipzig/GER)

Pertahanan: Stephan Lichtsteiner (Juventus/ITA), Michael Lang (FC Basel), Ricardo Rodriguez (AC Milan/ITA), Francois Moubandje (Toulouse/FRA), Manuel Akanji (Borussia Dortmund/GER), Johan Djourou (Antalyaspor/TUR), Fabian Schaer (Deportivo Coruna/ESP), Nico Elvedi (Borussia Moenchengladbach/GER)

Tengah: Granit Xhaka (Arsenal/ENG), Valon Behrami (Udinese/ITA), Blerim Dzemaili (Bologna/ITA), Remo Freuler (Atalanta/ITA), Denis Zakaria (Borussia Moenchengladbach/GER), Gelson Fernandes (Eintracht Frankfurt/GER), Xherdan Shaqiri (Stoke City/ENG), Steven Zuber (Hoffenheim/GER)

Penyerang: Breel Embolo (Schalke 04/GER); Haris Seferovic (Benfica/POR), Mario Gavranovic (Dinamo Zagreb/CRO), Josip Drmic (Borussia Moenchengladbach/GER) – Reuters/Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.