Ibu Pejabat Kobe Steel Ltd Diserbu Polis

TOKYO: Ibu pejabat Kobe Steel Ltd diserbu kakitangan Pejabat Pendakwa Raya Daerah Tokyo dan Jabatan Polis Metropolitan hari ini berhubung skandal penipuan data, demikian menurut laporan media tempatan.

Kobe Steel Mac lalu mengaku penipuan data berlangsung sejak hampir lima dekad lalu selain mendedahkan kes-kes penipuan baharu.

Ketua pegawai eksekutifnya akan meletak jawatan sebagai bertanggungjawab terhadap skandal yang diketahui umum tahun lalu. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.