Kejatuhan Pasaran Saham Terus Berlaku

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah, berikutan pelabur mengunci keuntungan dalam kaunter utama terpilih, kata peniaga.

Pada tengahari, FTSE Bursa Malaysia KLCI susut 4.15 mata atau 0.24 peratus pada 1,751.02, selepas dibuka 0.98 mata lebih rendah berbanding 1,755.17 penutup Isnin.

Ia bergerak antara 1,747.76 dan 1,754.38 sepanjang sesi.

Bagaimanapun, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 404 berbanding 356 manakala 355 tidak berubah dengan 785 tidak didagangkan dan 22 yang lain digantung.

Sejumlah 1.52 bilion saham bertukar tangan bernilai RM1.05 bilion. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.