Menarik…

Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my

MEMOJI untuk iOS 12 dan macOS Mojave antara ciri baru yang mencuri tumpuan dalam Persidangan Pembangun Sedunia Apple 2018 (WWDC 2018).

Dihadiri hampir 6,000 pembangun, Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook mengumumkan tujuh pembaharuan utama untuk iOS, macOS dan watchOS.

Memoji membolehkan anda merubah emotikon wajah sendiri kepada animasi.

Sistem baru untuk MacBook dan iMac pula memperlihatkan sistem operasi Mojave yang menampilkan antaramuka kemas dan minimalis.

Buat pertama kali juga, FaceTime kini boleh berlangsung secara berkumpulan dengan lebih 32 individu menyertai sembang video serentak.

Fokus kepada realiti maya (AR), WWDC 2018 mencuri tumpuan dengan pelbagai game berasaskan 3D bakal diperkenalkan.

Jam pintar Apple juga lebih maju apabila pengguna boleh menggunakan ciri seakan walkie talkie untuk berbual terus melalui Apple Watch.

Semua kemaskini baru ini boleh di pindahturun bermula September nanti, namun versi beta sudah boleh dicuba bermula sekarang. – Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.