Sharp Beli Perniagaan PC Toshiba AS$36 Juta

TOKYO: Sharp Corp berkata ia akan membeli perniagaan komputer peribadi (PC) Toshiba Corp membabitkan pertimbangan tunai empat bilion yen (AS$36 juta).

Ini menunjukkan Sharp sudah pulih sejak ia di bawah penguasaan Foxconn dan menandakan ia kembali ke dalam perniagaan PC selepas keluar lapan tahun lalu.

Sharp suatu ketika dulu dikenali sebagai pembekal TV mewah dan pemapar telefon pintar tetapi bergelut untuk bersaing dengan pesaing Asia lain dan dibeli Foxconn, atau Hon Hai Precision Industry Co Ltd, dari Taiwan dua tahun lalu. Ia keluar daripada pasaran PC pada 2010.

Janji niaga itu akan menyaksikan Sharp menguasai 80.1 peratus kepentingan dalam unit PC Toshiba pada 1 Oktober.

Sumber berkata, syarikat elektronik berpangkalan di Osaka itu akan dapat menggunakan skala syarikat induk Foxconn, pengilang kontrak terbesar dunia dan pembekal utama Apple Inc, untuk mengeluarkan PC pada harga lebih murah.

Sementara permintaan global bagi PC semakin lemah dalam tahun-tahun kebelakangan ini, usaha sama dengan Foxconn, pengilang kontrak PC bagi jenama global lain, dijangka membantu Sharp mengeluarkan PC pada kos rendah dan meraih keuntungan.

Toshiba memberitahu Reuters ia menyumber pengeluaran PC sehingga 2015, dan ketika ini membangunkan PC di kilangnya di China.

Sharp mencatat keuntungan bersih pertama dalam empat tahun dalam tahun kewangan berakhir 31 Mac dengan mana rangkaian jualan Foxconn di China membantu melonjakkan jualan TV.

Syarikat itu sedang mendapatkan lesen jenama Sharp bagi TV i Amerika Utara yang ia sebelum jual kepada Hisense Group dari China. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.