Siapa kata Nadal tua?

PARIS: Rafael Nadal berkata dia tidak berasa ‘tua’ apabila semakin hampir meraih gelaran ke-11 Terbuka Perancis dengan menewaskan pemain Jerman, Maximilian Marterer untuk melangkah ke suku akhir sehari selepas menyambut ulang tahun ke-32.

Pemain nombor satu dunia itu meraih kemenangan 6-3, 6-2, 7-6 (7/4) ke atas penghuni ranking ke-70 dunia itu, sekali gus menyamai rekod 12 penampilan di suku akhir Roland Garros.

Nadal selaku pilihan utama yang meraikan hari lahirnya kelmarin, kini berada dalam senarai ketiga pemain yang banyak melakar kemenangan di Grand Slam dengan 234.

“Saya tidak berasa tua. Tetapi saya sudah 32 tahun, saya berada di sini sejak 2003, ia satu perjalanan yang jauh, memakan banyak tahun,” katanya.

“Saya bermula dari usia sangat muda. Itu benar. Namun, tidak, saya berasa gembira berada di sini. Jujurnya, saya menikmati hari demi hari dalam siri jelajah ini dan berharap dapat melakukannya pada masa terdekat ini.”

Nadal dijadual bertemu pemain Argentina, Diego Schwartzman dalam usaha memburu slot ke separuh akhir selepas pilihan ke-11 itu mempamerkan peningkatan bagi menewaskan pilihan keenam, Kevin Anderson, 1-6, 2-6, 7-5, 7-6 (7/0), 6-2. AFP/Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.