Wanita Arab Saudi boleh memandu

RIYADH: Sepuluh wanita pertama Arab Saudi menukar lesen antarabangsa untuk mendapatkan lesen tempatan di beberapa bandar raya termasuk ibu kota negara itu, ketika ia bersedia menamatkan larangan itu pada 24 Jun ini.

Ia susulan tindakan Arab Saudi mula mengeluarkan lesen memandu pertamanya semalam kepada wanita dalam masa beberapa dekad, kata pihak berkuasa, beberapa minggu sebelum penamatan larangan bersejarah ke atas pemandu wanita.

Langkah itu, yang menyusul tindakan kerajaan ke atas aktivis wanita, adalah sebahagian usaha liberalisasi yang diberi publisiti meluas dilancarkan Putera Mahkota, Mohammed bin Salman, bagi memodenkan negara berkenaan.

“Sepuluh wanita Arab Saudi mencipta sejarah semalam apabila mereka diberikan lesen memandu.

“Dijangkakan minggu depan, 2,000 lagi wanita akan mendapatkan lesen memandu di Arab Saudi,” kata Pusat Komunikasi Antarabangsa (CIC) Kementerian Penerangan.

Agensi Akhbar Saudi (SPA) melaporkan, pertukaran dibuat selepas pemohon wanita menjalani ujian praktikal tetapi tidak memberikan butiran lanjut. – AFP/Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.