Jadikan Turki pintu masuk ke pasaran eksport baru – Tun M

KUALA LUMPUR 4 Okt. – Malaysia harus menimbang Turki sebagai pintu masuknya ke pasaran eksport menguntungkan yang baharu, kata bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pada masa yang sama, Dr. Mahathir berkata, Malaysia perlu menimbang mengurangkan pergantungannya kepada pasaran eksport AS dan EU kerana krisis ekonomi di kedua-dua rantau ini menjejaskan kuasa beli AS dan EU.

“Apa yang berlaku di mana-mana di dunia akan memberi kesan kepada Malaysia kerana kita saling berhubungan melainkan Malaysia bekerja keras untuk mencari pasaran baharu kerana kita tidak lagi boleh bergantung kepada mereka (AS dan Eropah). “Mereka tidak ada wang untuk membeli apa yang kita hasilkan jadi kita perlu mencari pasaran baharu.

“Sudah tentunya bukan sepenuhnya. Perdagangan 20 peratus dengan AS tidak akan berkurangan kepada sifar tetapi sudah pastinya anda perlu mempunyai pengganti,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucap tamanya di Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur Ke-8 2011 di sini, hari ini. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.