Pesara harap kerajaan pertimbang pencen kurang 25 tahun

LANGKAWI 5 Okt. – Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia berharap kerajaan menimbang semula kadar pencen pesara yang berkhidmat kurang daripada 25 tahun berikutan mereka tidak layak menerima pencen minimum RM720.

Anggota majlis persatuan itu Md. Noor Daud berkata, ini kerana ada pesara daripada kumpulan terbabit menerima pencen yang terlalu rendah sedangkan kos sara hidup semakin meningkat.

“Kerajaan sebelum ini memberi pertimbangan istimewa kepada mereka yang berkhidmat 25 tahun ke atas untuk menerima pencen minimum RM720 sebulan, kita berharap kerajaan akan beri pertimbangan khas untuk yang kurang 25 tahun,” katanya ketika berucap pada persidangan perwakilan persatuan itu, di sini semalam. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.