RHB mahu berkembang sejajar pelan perniagaan serantau OSK

PETALING JAYA 5 Okt. – RHB Capital Bhd. berhasrat berkembang sejajar dengan pelan perniagaan serantau OSK Investment Bank Bhd. sekiranya cadangan penggabungan antara kedua-dua institusi perbankan itu menjadi kenyataan.

Ketua Prinsipal RHB Bank Bhd. Renzo Viegas berkata, OSK dan RHB telah menyerahkan permohonan kepada Bank Negara untuk mula berunding mengenai penggabungan itu.

“Kedua-dua pihak telah menyerahkan permohonan kepada Bank Negara dan selepas bank pusat memberikan kebenaran, saya pasti ia akan menjadi rundingan yang membuahkan hasil antara kedua-dua bank tersebut,” katanya kepada pemberita

selepas majlis permeterian antara Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd. dan RHB Bank hari ini.

RHB Capital merupakan kumpulan perbankan kelima terbesar di Malaysia dengan permodalan pasaran kira-kira AS$5 bilion. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.