Warta Pelan Kuala Lumpur 2020 ditangguhkan

KUALA LUMPUR 4 Okt. — Pewartaan Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 (PBRKL 2020), yang sebelum ini dijadualkan pada 30 Sept, ditangguhkan ke Julai tahun depan bagi membolehkan pandangan rakyat diambil kira dan pembaharuan dilakukan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad berkata meskipun pelan tersebut telah disiapkan namun penangguhan itu wajar bagi membolehkan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyelesaikan beberapa isu berkaitan sebelum ia diwartakan.

Antara isu yang perlu diselesaikan ialah menyediakan lebih banyak kemudahan untuk warga emas, mengambil kira sepenuhnya cadangan koridor infrastruktur seperti laluan Mass Rapid Transit dan mengkaji cadangan terminal-terminal baru yang akan mengintegrasikan komponen pengangkutan awam, katanya.

“Pihak kerajaan perlu melibatkan orang awam dan pihak berkepentingan sekali lagi terutamanya berhubung cadangan-cadangan baru selaras dengan hasrat kerajaan untuk lebih telus dalam membuat keputusan sejajar dengan slogan 1Malaysia,” katanya ketika mengumumkan dalam sidang media di sini hari ini. — Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.