Noryn Aziz Lahirkan Label Fesyen Jubah

KUALA LUMPUR – Satu persatu artis tempatan yang tampil dengan label fesyennya sendiri. Selepas Sazzy Falak, Natasha Hudson, Mizz Nina dan Nurul Depp,  kini giliran penyanyi jazz yang telah sekian lama menyepi, Noryn Aziz pula mengambil tempat.

Baru-baru ini, bertempat di Kelab Darul Ehsan, Noryn Aziz yang bakal melahirkan cahaya mata pertamanya telah melancarkan jenama fesyennya yang dipanggil sebagai Humanskin.

Ditemani rakan kongsinya, Raja Shahirah, label berkenan menampilkan pilihan busana  untuk wanita moden yang gemarkan gaya santun seperti jubbah atau persalinan longgar yang redup mata memandang.

norynjubah-1

Sebagai perkenalan, Humanskin yang dijual secara online didahului dengan  enam helai jubah yang sesuai sekali digayakan wanita masa kini.

norynjubah-2

Sama ada untuk ke majlis-majlis berbuka puasa di bulan Ramadhan atau dibawa ke perayaan Aidilfitri menjelang Syawal, malah akan masih relevan digayakan sepanjang tahun oleh wanita bercitarasa anggun.

norynjubah-3

“Warna-warna paling indah telah dipilih untuk di ‘colour-block’ bagi koleksi ini yang dirasakan akan dapat menghidupkan almari wanita hari ini, biarpun pilihannya rekaan yang kaya beralun atau kemas bergaya sekalipun.

norynjubah-4

“Rekaan ini mudah dihidupkan dalam nafas baru berkali-kali dengan hanya menukarkan padanan selendang, hijab atau aksesori yang dipakai bersama,” kata Noryn Aziz dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan baru-baru ini.

norynjubah-5

Humanskin menyasarkan rekaan yang memenuhi keperluan wanita dan sebagai permulaan mereka mengeluarkan rekaan dalam koleksi dan kuantiti yang terhad lantas mengalu-alukan pelanggan berkongsi apa yang diharapkan untuk keluaran seterusnya.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan pakaian daripada rekaan dan label fesyen Noryn Aziz boleh melayari laman web www. shophumanskin.com dan sudah mula menerima kunjungan ramai sejak 1 Jun lalu.

Murai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.