APAD ganti SPAD

PUTRAJAYA 6 Jun – Sebuah entiti baharu yang dikenali sebagai Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan diwujudkan bagi menggantikan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, langkah tersebut merupakan antara pelan penstrukturan semula suruhanjaya tersebut bagi mengurangkan kos dan memastikan tiada pertindihan tugas dengan jabatan lain terutamanya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Dari segi penguatkuasaan serta pengeluaran lesen dan permit akan dikendalikan oleh JPJ sepenuhnya, selepas pelaksanaan penstrukturan semula ini tiada lagi kaunter berasingan hanya ada satu kaunter iaitu kaunter JPJ di semua tempat.

“Peranan SPAD pula dari segi perancangan dan pembangunan sektor awam darat akan dikekalkan,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Menurut Anthony, fungsi APAD ialah merancang dan melihat pada sektor pembangunan awam darat seperti perkhidmatan transit aliran ringan (LRT), rel, bas dan sebagainya. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.