Lebih membanggakan, aplikasi permainan mudah alih yang dibangunkan oleh Media Prima Labs itu mencipta rekod tersendiri apabila mencapai 75,000 muat turun dalam jangka masa hanya satu minggu.

Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, Rafiq Razali berkata, jumlah muat turun yang cukup memberangsangkan itu membuktikan penerimaan orang ramai terhadap permainan lokal dan secara tidak langsung juga memperkukuh jenama Mak Cun dan Media Prima Labs.

“Ini adalah satu berita yang sangat menggembirakan. Baru sebulan sudah mencapai muat turun 94,500. Kami menyasarkan akan mencapai angka 100,000 dalam tempoh tiga bulan.

“Tapi dalam masa yang sama, kami akan sentiasa berusaha untuk menambah baik setiap aplikasi kami supaya dapat memberi kepuasan maksimum kepada semua pengguna aplikasi kami,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Permainan Mak Cun’s Adventure yang terdapat dalam bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sudah berada di Google Play Store dan Apple App Store sejak awal Mei lalu. – UTUSAN ONLINE