“Mereka akhirnya membuat keputusan tepat,” kata Higuain dalam satu temu bual dengan ESPN, mengesahkan laporan perlawanan itu dibatalkan.

Perlawanan yang sepatutnya berlangsung di Stadium Teddy Kollek, Baitulmaqdis itu adalah aksi terakhir Argentina sebelum memulakan kempen Piala Dunia di Rusia pada 16 Jun ini menentang Iceland dalam aksi Kumpulan D.

Laporan tempatan menyatakan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menelefon Presiden Argentina, Mauricio Macri meminta agar memujuk pasukan tidak membatalkan kunjungan mereka di Baitulmaqdis.

Bagaimanapun, Radio Israel memetik seorang pegawai diplomatik yang enggan namanya didedahkan berkata, peluang untuk perlawanan itu berlangsung amat tipis. – REUTERS/UTUSAN