Fuegos kembali meledak, penduduk diarah pindah

GUATEMALA CITY: Gunung berapi Fuego Guatemala kembali meletus semalam, memaksa petugas penyelamat mencari perlindungan berhampiran, manakala angka kematian akibat letusan hujung minggu lalu meningkat kepada sekurang-kurangnya 72 orang.

Agensi Pengurusan Bencana Guatemala, (CONRED) mengarahkan pemindahan segera dan berkata gas panas dan batu lebur mengalir dari gunung berapi berkenaan menghasilkan letusan terbesar sepanjang lebih empat dekad Ahad lalu.

Sebelum arahan perpindahan dikeluarkan, pihak berkuasa berkata jumlah kematian meningkat kepada sekurang-kurangnya 72, tiga lebih tinggi daripada pada hari Isnin.

Volcan de Fuego, yang bermaksud ‘Gunung Berapi Api’ dalam bahasa Sepanyol, adalah antara beberapa gunung berapi aktif selain 34 lagi di negara Amerika Tengah.

Ia terletak berhampiran dengan bandar kolonial Antigua, sebuah tapak warisan dunia UNESCO yang pernah terselamat daripada beberapa letusan besar. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.